Saturday 15 October 2011

Tips...tips...tips


First law of dieting is DONT DRINK YOUR CALORIES (a.k.a air manis, berperisa). Air berperisa mengandungi gula, gula yg tak digunakan oleh badan akan disimpan menjadi lemak. Kita kena limitkan kalori pada makanan je, minuman tu bukan makanan, ianya cuma utk menghilangkan dahaga dan utk bekalkan keperluan air badan je.




. Jgn tensen2 jika berat naik ketika period, ianya perkara normal. Ada 3 faktor penyebab; metabolisma menurun, selera makan meningkat & peratus air tubuh menurun. Jika nak berat maintain ketika period, jaga selera makan dengan amalkan 'smart snacking' dan juga minum lebih byk air masak/tea mix. Utk pastikan metabolisma kekal aktif, buat aktiviti 'low impact' seperti bykkan berjalan, naik turun tangga, atau buat senaman yoga atau pilates.



Kalau kita ada kasut baru, jika pakai setiap hari tapi kita tak selalu basuh, tak simpan elok2, biar dia kena hujan & panas terik, kasut tu mesti cepat lusuh dan rosak kan? Begitu juga dgn badan kita.. berat badan berlebihan, rokok, alkohol, stress akan memberi tekanan lebih kepada badan. Sepatutnya ia boleh tahan hingga 60+ tahun, tapi faktor di atas akan memendekkan keupayaan badan. Oleh itu jagalah badan kita mcm kita jaga barang2 kita, sbb badan kita 'priceless'.

Badan kita terdiri daripada bertrillion sel, tiap2 hari akan ada sel mati dan tubuh kita akan buat sel baru. Semakin kita tua, keupayaan tubuh bina sel baru akan berkurangan. Tapi jika kita tak jaga pemakanan, gaya hidup tak aktif, minum alkohol, hisap rokok, akan menyebabkan lebih byk sel mati dan mengurangkan keupayaan pembinaan sel baru, seterusnya akan mengakibatkan tubuh lebih tua dari umurnya.




5.Jika anda suka makan coklat, pilih dark chocolate berbanding white chocolate atau coklat berisi susu. Kajian diterbitkan di The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan dark choc mengandungi kandungan koko tinggi dan ia kaya dgn unsur antioksidan. Dark choc juga boleh menurunkan tahap insulin dan ini membantu melawan penyakit diabetes.




Amalkan minum segelas air masak selepas bangun tidur. Nak tau apa kelebihannya? 
1) Gantikan air yg hilang semasa tidur akibat pernafasan & berpeluh 
2) Bantu anda buang racun dari badan 
3) Meningkatkan metabolisma & organ badan jadi aktif


Perasaan tertekan dan tidur yg tidak cukup adalah kombinasi yg akan menyebabkan berat makin naik. Tidur yg tak cukup akan memberi kesan kepada penghasilan hormon leptin dan ghrelin. Akibatnya perut akan senang berasa lapar dan susah nak kenyang. Stress pula akan meningkatkan hormon cortisol dan menyebabkan badan meningkatkan simpanan lemak.

to be continue......
p/s : BIG Credit to Herbalife@ziedazzle:)

No comments:

Post a Comment