Friday 21 October 2011

RISIKO DENGKUR


Jangan anggap berdengkur masalah lazim, dapatkan nasihat pakar perubatan
 

BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu. 

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik. 

Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur. 

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya. 
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit. 

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. 

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri. 

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit. 

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan. 

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan. 

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan. 

Info 
Langkah pencegahan dengkur
 

  • Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan. 

  • Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur. 

  • Memilih posisi tidur secara mengiring. 

  • Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari. 

  • Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit. 


  • Pesanan Penaja :
    Mencari solusi???

    Wednesday 19 October 2011

    KESIHATAN-ANUGERAH TIDAK TERNILAI



    Kesihatan adalah anugerah terpenting bagi manusia. Tahap kesihatan sama ada baik atau sebaliknya bergantung kepada keprihatinan seseorang menjaga tubuh badan.
    Namun, sering kali manusia mengambil sikap sambil lewa terhadap penjagaan kesihatan dan hanya sedar apabila tubuh diserang penyakit.

    Namun, ketika mulai sedar mengenai kepentingan kesihatan, ia mungkin sudah terlewat. Mungkin anda ada wang untuk mendapatkan doktor atau hospital terbaik merawat penyakit anda, tetapi adakah anda pasti ia berjaya?
    Bayangkan ketika itu anda terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan kesukaran untuk bergerak ke sana sini dan hanya bergantung kepada bantuan orang lain.

    Lantas, apa yang boleh anda lakukan ialah berbaring di katil atau menunggu masa untuk ‘menutup mata’.
    Tubuh dapat mengelak serangan penyakit jika mempunyai daya tahan yang kuat. Ini dapat dilakukan jika anda melakukan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan berzat dan melakukan senaman.

    Kebanyakan kita tidak peka dengan pemakanan kerana kemewahan dan nafsu. Justeru, kita mengambil apa sahaja untuk dimakan dan akhirnya toksik yang aktif hidup bertahun-tahun menyebabkan tubuh diserang penyakit.
    Alangkah bahagia jika kita dianugerahkan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Tetapi, itu hanya dapat dikecapi jika kita mengambil langkah mencegah sebelum terlambat.

    Laporan Kementerian Kesihatan menunjukkan peratus rakyat negara ini menghidap penyakit jantung, kencing manis dan kolesterol meningkat setiap tahun. Ia berpunca daripada mengambil makanan tidak berkhasiat, berlebihan dan tidak bersenam.

    Selain itu, pencernaan tidak lancar menyebabkan hati gagal berfungsi dengan berkesan untuk menapis dan menyaring bahan makanan bagi pembentukan sel baru.

    Jantung juga tidak dapat menyalurkan darah untuk membawa oksigen dan zat ke seluruh anggota tubuh kerana disaluti lemak.

    Gula berlebihan bertukar menjadi lemak dan meracuni sel tubuh badan manakala lemak yang berselaput menyebabkan kerosakan buah pinggang dan akhirnya mengundang maut.
    Pemakanan yang salah juga menimbulkan sakit sendi menyebabkan ia bengkak kerana lapisan toksik yang tidak dapat dicerna.

    Justeru, untuk sihat sejahtera, anda yang menentukan. Tubuh tidak memerlukan penjagaan yang rumit melainkan bersenam dan menjaga pemakanan. Darah perlu bersih dan lancar untuk proses pemulihan sel rosak, melahirkan sel baru untuk tubuh.

    Hormon pula perlu distabilkan bagi membolehkan jantung berfungsi dengan optimum tanpa lapisan lemak dan gangguan melemahkan degupannya.

    Rangkaian produkline nutrisi dari Herbalife dapat membantu mencapai misi ini, sama ada sebagai pencegahan atau memudahkan proses di atas.

    Sayangkan kehidupan ini, tubuh, keluarga dan rakan-rakan anda. Elak sebelum terlambat.


    BAGAIMANA MAHU BERMULA?


    Monday 17 October 2011

    Promosi..Promosi..Promosi


    Bismillah...

    ha..seperti yang dijanjikan , demi untuk menyahut seruan kerajaan kearah gaya hidup sihat...kami dengan ini berbesar hati tuk mengadakan set promosi khas sempena  bajet 2012..hehe...untuk makluman terhad kepada 20 orang pertama sahaja..siapa cepat dia dapat...

    SET PROMOSI SARAPAN SIHAT


    1 unit Formula 1 (pilihan dr 5 perisa-Choclate, tropical fruit , vanilla, strawberry, & capucchino)

    PLUS



    1 unit tea mix 50 g perisa lemon

    TOTAL AMOUNT : RM291 SAHAJA (tak termasuk caj pos RM15)
    mahalkah tuk nilai sebuah kesihatan? tak kan?

    bukan itu sahaja, korang akan dapat 
    FREE

     1 unit measuring spoon

    PLUS


    wellness booklet 
    ~panduan lengkap ttg pemakanan dan gaya hidup sihat~


    PLUS
    dan yang paling bestttttt..jeng ..jeng

    Shaker Cup (new design) Bernilai RM20

    Nota : Promosi sah tuk online order dan terhad kepada 20 orang pertama sahaja dan pelanggan yang berpuas hati boleh mendapatkan pembelian seterusnya pada harga discount 25% melalui VIP Membership.

    Cara order :

    pilih 1 daripada 5 perisa yang dinyatakan...dan kemudian private msg ke akaun facebook saya : fairuz fazila
    atau email ke livewellluvlife@yahoo.com beserta no rujukan dan jumlah pembayaran.
    penghantaran akan dibuat dalam masa 3 hari bekerja selepas payment clear

    Cara Pembayaran :


    Md Fairuz Paimun
    mbb 5628 3461 4037


    atau


    Ahmad Hazeri Md Nor
    1501 0063 9955 20



    apa tunggu lagi..order sekarang...cepat sebelum kehabisan:)