Friday 21 October 2011

RISIKO DENGKUR


Jangan anggap berdengkur masalah lazim, dapatkan nasihat pakar perubatan
 

BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu. 

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik. 

Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur. 

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya. 
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit. 

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. 

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri. 

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit. 

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan. 

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan. 

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan. 

Info 
Langkah pencegahan dengkur
 

  • Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan. 

  • Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur. 

  • Memilih posisi tidur secara mengiring. 

  • Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari. 

  • Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit. 


  • Pesanan Penaja :
    Mencari solusi???

    Wednesday 19 October 2011

    KESIHATAN-ANUGERAH TIDAK TERNILAI



    Kesihatan adalah anugerah terpenting bagi manusia. Tahap kesihatan sama ada baik atau sebaliknya bergantung kepada keprihatinan seseorang menjaga tubuh badan.
    Namun, sering kali manusia mengambil sikap sambil lewa terhadap penjagaan kesihatan dan hanya sedar apabila tubuh diserang penyakit.

    Namun, ketika mulai sedar mengenai kepentingan kesihatan, ia mungkin sudah terlewat. Mungkin anda ada wang untuk mendapatkan doktor atau hospital terbaik merawat penyakit anda, tetapi adakah anda pasti ia berjaya?
    Bayangkan ketika itu anda terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan kesukaran untuk bergerak ke sana sini dan hanya bergantung kepada bantuan orang lain.

    Lantas, apa yang boleh anda lakukan ialah berbaring di katil atau menunggu masa untuk ‘menutup mata’.
    Tubuh dapat mengelak serangan penyakit jika mempunyai daya tahan yang kuat. Ini dapat dilakukan jika anda melakukan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan berzat dan melakukan senaman.

    Kebanyakan kita tidak peka dengan pemakanan kerana kemewahan dan nafsu. Justeru, kita mengambil apa sahaja untuk dimakan dan akhirnya toksik yang aktif hidup bertahun-tahun menyebabkan tubuh diserang penyakit.
    Alangkah bahagia jika kita dianugerahkan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Tetapi, itu hanya dapat dikecapi jika kita mengambil langkah mencegah sebelum terlambat.

    Laporan Kementerian Kesihatan menunjukkan peratus rakyat negara ini menghidap penyakit jantung, kencing manis dan kolesterol meningkat setiap tahun. Ia berpunca daripada mengambil makanan tidak berkhasiat, berlebihan dan tidak bersenam.

    Selain itu, pencernaan tidak lancar menyebabkan hati gagal berfungsi dengan berkesan untuk menapis dan menyaring bahan makanan bagi pembentukan sel baru.

    Jantung juga tidak dapat menyalurkan darah untuk membawa oksigen dan zat ke seluruh anggota tubuh kerana disaluti lemak.

    Gula berlebihan bertukar menjadi lemak dan meracuni sel tubuh badan manakala lemak yang berselaput menyebabkan kerosakan buah pinggang dan akhirnya mengundang maut.
    Pemakanan yang salah juga menimbulkan sakit sendi menyebabkan ia bengkak kerana lapisan toksik yang tidak dapat dicerna.

    Justeru, untuk sihat sejahtera, anda yang menentukan. Tubuh tidak memerlukan penjagaan yang rumit melainkan bersenam dan menjaga pemakanan. Darah perlu bersih dan lancar untuk proses pemulihan sel rosak, melahirkan sel baru untuk tubuh.

    Hormon pula perlu distabilkan bagi membolehkan jantung berfungsi dengan optimum tanpa lapisan lemak dan gangguan melemahkan degupannya.

    Rangkaian produkline nutrisi dari Herbalife dapat membantu mencapai misi ini, sama ada sebagai pencegahan atau memudahkan proses di atas.

    Sayangkan kehidupan ini, tubuh, keluarga dan rakan-rakan anda. Elak sebelum terlambat.


    BAGAIMANA MAHU BERMULA?


    Monday 17 October 2011

    Promosi..Promosi..Promosi


    Bismillah...

    ha..seperti yang dijanjikan , demi untuk menyahut seruan kerajaan kearah gaya hidup sihat...kami dengan ini berbesar hati tuk mengadakan set promosi khas sempena  bajet 2012..hehe...untuk makluman terhad kepada 20 orang pertama sahaja..siapa cepat dia dapat...

    SET PROMOSI SARAPAN SIHAT


    1 unit Formula 1 (pilihan dr 5 perisa-Choclate, tropical fruit , vanilla, strawberry, & capucchino)

    PLUS



    1 unit tea mix 50 g perisa lemon

    TOTAL AMOUNT : RM291 SAHAJA (tak termasuk caj pos RM15)
    mahalkah tuk nilai sebuah kesihatan? tak kan?

    bukan itu sahaja, korang akan dapat 
    FREE

     1 unit measuring spoon

    PLUS


    wellness booklet 
    ~panduan lengkap ttg pemakanan dan gaya hidup sihat~


    PLUS
    dan yang paling bestttttt..jeng ..jeng

    Shaker Cup (new design) Bernilai RM20

    Nota : Promosi sah tuk online order dan terhad kepada 20 orang pertama sahaja dan pelanggan yang berpuas hati boleh mendapatkan pembelian seterusnya pada harga discount 25% melalui VIP Membership.

    Cara order :

    pilih 1 daripada 5 perisa yang dinyatakan...dan kemudian private msg ke akaun facebook saya : fairuz fazila
    atau email ke livewellluvlife@yahoo.com beserta no rujukan dan jumlah pembayaran.
    penghantaran akan dibuat dalam masa 3 hari bekerja selepas payment clear

    Cara Pembayaran :


    Md Fairuz Paimun
    mbb 5628 3461 4037


    atau


    Ahmad Hazeri Md Nor
    1501 0063 9955 20



    apa tunggu lagi..order sekarang...cepat sebelum kehabisan:)












    Kisah Kak Azean

    Assalamualaikum


    semalam..masa tgk melodi...ada siar cerita psl primadona Azean Irdawaty yang kini sedang sakit dan memerlukan bantuan kewangan...duit dah habes 200,000 tuk treatment cancer...ingat dah sembuh tp kanser dtg balik...skrang makin teruk...jalan pun kena berpapah..terpaksa pakai diapers sepanjang masa sampaikan dia tak boleh nak bersolat...

    hadoyai....sedih AcHik tgk...ini bahagian dia..kt tak tahu lagi bahagian kita...ujian dari Allah..harap kak Azean terus tabah...kepada sesiapa yang nak menyumbang boleh menghubungi Persatuan Seniman .



    well apa yang AcHik nak highlight kat sini...sekarang kita mungkin tak rasa apa yang kak azean rasa sebab kita masing2 masih sihat tubuh badan....tp tunggulah bila nikmat kesihatan ini ditarik balik..buat apapun tak boleh...nak solat pun susah..pada masa yang sama kita pun akan turut menyusahkan org sekeliling kita...kita mmg beringat tuk menyimpan sbg persediaan hari tua...tp berapa ramai dr kita yg ingat untuk melabur bagi kesihatan tubuh badan..menjaga kesihatan tubuh juga adalah ibadah tau..bila dah sakit...duit yg selama ni kita simpan boleh ilang sekelip mata ..so kalau nak melabur, melaburlah kat badan dulu

    since ramai jugak yang bertanya mahalke produk herbalife nih?yelah hati kata mau..tp poket kata nnt dulu..haha...well terus terang AcHik cakap...produk nih tak mahal mana pun...AcHik ada customer yg keje cleaner dan keje guard....boleh je...yelah sbb bagi diorang nilai kesihatan tak terbanding...skrang nih kita masih sihat dan mampu kerja ..masa kita rasa masih sihat nih la.. tak rugi jika kita spend sedikit tuk kesihatan diri sendiri...acHik cadangkan korang mulakan dgn  sarapan sihat...jika lupa kenapa kena sarapan sihat...refer balik  kat sini   oleh itu...tunggukan nnt promosi bajet bagi "Set Sarapan Sihat Bersama Herbalife" making it affordable tuk semua orang plus ada free gift lagi...tungguuuu:)

    "Health is not valued till sickness comes"
    ~Dr.Thomas Fuller

    Sunday 16 October 2011

    Abai Sarapan Boleh Gumukk....



    sikap suka meninggalkan sarapan pagi atas alasan tidak sempat, tiada masa atau terlalu sibuk terbukti boleh membantutkan usaha untuk mengekal atau mengurangkan berat badan kerana akan menyebabkan berkeinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori.

    Kumpulan penyelidik dari Kolej Imperial London ketika membentangkan kertas kerja di Mesyuarat Persatuan Endokrin di Washington melaporkan apabila kita meninggalkan sarapan pagi, otak akan menjadi lebih aktif apabila melihat gambar makanan yang tinggi kalori (pilihan yang diberikan kepada peserta kajian ialah piza, kek dan coklat) berbanding sayur-sayuran, ikan dan salad.

    Peserta sendiri mengakui bahawa mereka lebih tertarik kepada makanan yang berkalori tinggi. Bagaimanapun, apabila ujian sama dilakukan 90 minit selepas bersarapan, otak peserta tidak menunjukkan tarikan ketara terhadap makanan berkalori tinggi.

    Malah, keinginan untuk makan makanan yang banyak kalori juga jauh lebih rendah berbanding jika tidak bersarapan.

    Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan 'puasa' sepanjang enam hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada waktu pagi.

    Inilah sebabnya orang yang tidak bersarapan biasanya cepat berasa letih, mudah terganggu dan tidak selesa pada waktu pagi. Keadaan ini lebih ketara di kalangan peminum kopi kerana jika tidak bersarapan (dan menikmati segelas kopi) mereka sukar menumpukan perhatian kepada kerja.

    Sarapan dapat mengawal rasa terlalu lapar, sekali gus mengelakkan kemungkinan makan terlalu banyak ketika makan tengah hari. Badan adalah kilang yang sangat unik dan dapat bertindak sendiri untuk menjimatkan penggunaan tenaga apabila tiada bekalan makanan. 

    Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa 'puasa lanjutan' (kerana kita sudah pun dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses pembakaran lemak.

    Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa 'puasa lanjutan' ini dan ia secara tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan sepanjang hari.

    Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti. Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses metabolisme.


    Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan. Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan rawatan obesiti.

    Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan amalan bersarapan bersama seisi keluarga.

    Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan mereka sangat lapar.

    Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwic, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda

    Sumber
    Harian Metro
    Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

    Saturday 15 October 2011

    Tips...tips...tips


    First law of dieting is DONT DRINK YOUR CALORIES (a.k.a air manis, berperisa). Air berperisa mengandungi gula, gula yg tak digunakan oleh badan akan disimpan menjadi lemak. Kita kena limitkan kalori pada makanan je, minuman tu bukan makanan, ianya cuma utk menghilangkan dahaga dan utk bekalkan keperluan air badan je.




    . Jgn tensen2 jika berat naik ketika period, ianya perkara normal. Ada 3 faktor penyebab; metabolisma menurun, selera makan meningkat & peratus air tubuh menurun. Jika nak berat maintain ketika period, jaga selera makan dengan amalkan 'smart snacking' dan juga minum lebih byk air masak/tea mix. Utk pastikan metabolisma kekal aktif, buat aktiviti 'low impact' seperti bykkan berjalan, naik turun tangga, atau buat senaman yoga atau pilates.



    Kalau kita ada kasut baru, jika pakai setiap hari tapi kita tak selalu basuh, tak simpan elok2, biar dia kena hujan & panas terik, kasut tu mesti cepat lusuh dan rosak kan? Begitu juga dgn badan kita.. berat badan berlebihan, rokok, alkohol, stress akan memberi tekanan lebih kepada badan. Sepatutnya ia boleh tahan hingga 60+ tahun, tapi faktor di atas akan memendekkan keupayaan badan. Oleh itu jagalah badan kita mcm kita jaga barang2 kita, sbb badan kita 'priceless'.

    Badan kita terdiri daripada bertrillion sel, tiap2 hari akan ada sel mati dan tubuh kita akan buat sel baru. Semakin kita tua, keupayaan tubuh bina sel baru akan berkurangan. Tapi jika kita tak jaga pemakanan, gaya hidup tak aktif, minum alkohol, hisap rokok, akan menyebabkan lebih byk sel mati dan mengurangkan keupayaan pembinaan sel baru, seterusnya akan mengakibatkan tubuh lebih tua dari umurnya.




    5.Jika anda suka makan coklat, pilih dark chocolate berbanding white chocolate atau coklat berisi susu. Kajian diterbitkan di The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan dark choc mengandungi kandungan koko tinggi dan ia kaya dgn unsur antioksidan. Dark choc juga boleh menurunkan tahap insulin dan ini membantu melawan penyakit diabetes.




    Amalkan minum segelas air masak selepas bangun tidur. Nak tau apa kelebihannya? 
    1) Gantikan air yg hilang semasa tidur akibat pernafasan & berpeluh 
    2) Bantu anda buang racun dari badan 
    3) Meningkatkan metabolisma & organ badan jadi aktif


    Perasaan tertekan dan tidur yg tidak cukup adalah kombinasi yg akan menyebabkan berat makin naik. Tidur yg tak cukup akan memberi kesan kepada penghasilan hormon leptin dan ghrelin. Akibatnya perut akan senang berasa lapar dan susah nak kenyang. Stress pula akan meningkatkan hormon cortisol dan menyebabkan badan meningkatkan simpanan lemak.

    to be continue......
    p/s : BIG Credit to Herbalife@ziedazzle:)

    Wednesday 12 October 2011

    The Power of Mindset

    Bismillah

    haaaa percaya tak korang kalau AcHik kata rahsia kepada kejayaan penurunan berat badan adalah....KUASA MINDA....masih tak percaya? ok try baca nih dulu...

    kalau nak diikutkan gajah tuh boleh je break the chain...tp kenapa tak buleh??? sbb dia percaya dia takleh buat ...dah mmg ditanam mindset gitu sejak kecil dek instructor tuh

    tp  kita beza...kita adalah manusia yg bebas... 'free man'..chewahh...takde sapa yang boleh kontrol mind kita selain dr diri kita  sendiri.. (tp lain citerla kalau korang kena hipnosis kan???..hehe)

    ramai org tak sedar bahawasanya akar umbi yang membentuk siapa kita, personaliti kita  atau tindakan kita adalah semuanya berpunca dari minda kita, berdasarkan apa yang kita rasa dan apa yang kita percaya....rasanya ramai orang dah tau kan yg cara nak turunkan berat badan ialah dgn mengikut tabiat pemakanan yang sihat dan juga senaman tapi berapa ramai yang tau bahawa the ultimate key..ataupun kunci sebenar2nya bagi kejayaan penurunan berat badan ialah .....KUASA MINDA..iaitu fokuskan minda korang pada target/matlamat korang...


    minda koranglah  sebenarnya yang mempengaruhi tabiat pemakanan korang dan juga yang turut memberikan motivasi tuk terus stick dgn rutin senaman yang dah diprogramkan...You are the master of Your mind..so take control dan take charge ...jgn pi dok menyalahkan org lain ataupun mencari2 alasan contohnya : kawan ajak pi makan pizza, korang pun pegi sbb takut kena ejek (yg kawan nih pun satu...cuba be supportive skek)...padahal sebenarnya yang salah tuh diri sendiri sbb tak fokus dan tak cukup kuat ..so balik tanya pada diri sendiri..korang nak ke tak nak nih..kalau nak buat betul2

    Kalau korang rasa yg nak turun berat badan nih ...susah...maka susahlah jadinya...dan ada kemungkinan boleh buatkan korang terkandas kat tengah jalan...apa yang penting...setkan matlamat jangka pendek dulu yakni matlamat yang boleh dicapai supaya nanti korang rasa bestttt jer  once korang dah capai...secara tak langsung boleh menaikkan semangat lagi ..dan lagi dan lagi...maka akhirnya tercapailah berat ideal yang diidamkan..Insyaallah

    lagi satu cara yang sangat2lah berkesan ialah dengan melakukan 'positive affirmation" ataupun pengukuhan minda....kita bantu kukuhkan minda kita melalui pengucapan lisan spy minda kita follow...camne nak buat tuh? haha ...lepas bersiap2 ..sebelum korang nak pi keje tuh..berdiri depan cermin..letak tangan kanan kat dada kiri..dan sebut " saya cantik, saya rasa cergas dan sihat"...sambil tuh visualizekan ghupa camne yg korang nak...chop...chop..bukan  bayangkan korang jadi angelina jolie ke hapa..over la tuh kan..(sekali sekala berangan apa salahnya..tp jangan samapai terpengaruh nak buat plastik surgery la plak)..haha..maksudnya..bayangkan korang pakai baju yg korang idamkan (cthnya baju dr koleksi matase sutera ka...nak beli mahal beno...ye tak)..., betapa cantiknya korang dalam pakaian tuh , bayangkan jugak korang dalam 'badan yang baru, rambut cantik, kulit pun cantik, muka pun berseri2 , feel the confidence and feel the energy..mmg feeling abes la wa cakap lu..nampak cam ntah pape kan? cuba buat dulu...but believe me..its very powerful tau....itu yg kita namakan law of attraction...


    so nnt, ingatttt, jangan lupa semak balik short term goal korang ..kalau boleh tulis dan lekat kat cermin tuh..setiap kali bersolek mesti nampak..so secara tak langsung it will remind your WHY...everytime korang reach one goal, cuba rasakan perasaan tuh..bestkan??? automatically, body korang pun akan associate dgn rasa tuh dan korang akan 'nampak' lebih jelas jalannya..hehe..lagipun testimoni herbalife yang dah berjaya ada 70 juta  (ini yang berdaftar secara bertulis ye..yang tak berdaftar tak campur)dan semuanya adalah human being..bukan kambing bukan gorilla...so building material nya adalah sama je semua..kalau depa boleh buat..apa kes plak korang tak boleh...betul tak????


    lepas nih kalau korang rasa nak makan ...ha sebelum makan tuh..pikir dulu..nih nak makan sebab mmg betul2 lapar, suka2 atau nak balas dendam sbb tekanan emosi?..tak baik dendam2 nih..nnt sapa yang susah...korang jugak kan?....kalau korang paham kenapa korang lapar, barulah korang boleh makan dengan cara yang betul, sihat dan semulajadi...
     WARNING :
    Learn to love and appreciate yourself..and ...REMEMBER you must begin to think of yourself as becoming the person you want to be......

    and last but not least... everytime u think or say I CAN'T , watch this video..

    p/s : to all my beloved sisters > aiman, umi, zaiti ,kak aisyah & the geng, amie samihah,sheila, zila, Fisha, Sreelatha, kak Nun, Naimah, suzana & the geng, suzita, aminah,una,  kak ct nor, hana, kak timah, kak anna, ikah, ika,meq , etc (kalau teringgal tuh mintak mahapla..AcHik cuma insan biasa..hehe)..this video is for u...if he can do it, u can too...takde yg mustahil kalau kita benar2 mahu...ada betul????caiyok...caiyok....
    Jagalah kesihatan macam kita jaga keta BMW!


    Kalau kita jaga kereta kita bersungguh-sungguh, tentulah kita harus menjaga kesihatan diri kita bersungguh-sungguh juga...bahkan lebih lagi.

    APA rasa anda apabila berjaya memiliki kereta BMW idaman hati?
    Saya yakin, kita pasti akan jaga kereta kita itu macam 'isteri kedua' lagaknya.
    Kita akan selalu membersihkannya sampai kilat, kita jaga enjinnya, jaga minyak dan menghantarnya untuk servicing secara tetap dari masa ke masa atau setiap 10,000 atau 15,000 kilometer kita gunakannya.
    Kita tak nak letakkan kereta itu sebarangan - kalau boleh nak letak dalam rumah sahaja - kerana takut tercalar atau kemek dihentak kereta lain.
    Kita jaga kereta kita supaya tidak rosak. Kalau ada tanda rosak sikit, cepat- cepat kita hantar ke mekanik untuk membaikinya.
    Lebih besar kereta itu - dari BMW 3 series, kepada 5 series dan selanjutnya 6 series dan 7 series - lebih rajin kita menjaganya.
    Maklumlah, kereta idaman...

    Tetapi, kenapa tulis pasal kereta pulak?
    Sebenarnya, menjaga kereta ini seumpama jaga kesihatan kita sendiri.

    Kalau kita jaga kereta kita bersungguh-sungguh, tentulah kita harus menjaga kesihatan diri kita bersungguh-sungguh juga...bahkan lebih lagi.

    Seperti kereta BMW - yang lebih besar 'series' nya, lebih kuat kita menjaganya - begitu juga dengan kesihatan dan umur kita.

    Sejak usia 30-an tahun (macam BMW 3 serieslah) atau jauh lebih awal sebelum itu, kita sudah perlu menjaga kesihatan agar tidak dibebani penyakit.
    Semakin usia kita meningkat ke 50-an tahun - macam jaga BMW 5 series - lebih perlu kita menjaga kesihatan kita. Begitulah selanjutnya.

    Kalau kita tidak mahu kereta kita rosak, kita juga seharusnya tidak mahu kesihatan kita diganggu gugat dek pelbagai macam penyakit.

    Kalau BMW makin besar, makin mahal dan kos penjagaannya semakin tinggi, begitu juga dengan kesihatan kita.
    Semakin kita meningkat usia, kos perubatan yang perlu kita tanggung juga semakin meningkat.
    Pakar-pakar kesihatan sering menasihatkan, jagalah kesihatan kerana walau sekaya mana pun kita, ia tidak akan cukup bererti jika kita tidak dikurnia kesihatan.

    Kita boleh siapkan pelbagai strategi untuk kemajuan masyarakat Melayu kita, meningkatkan daya saing kita dalam ekonomi sejagat dan menjadi masyarakat yang cemerlang.

    Tetapi, jika masyarakat kita dihambat dengan pelbagai jenis penyakit - jika ramai orang kita terlantar di hospital - bagaimana dapat kita laksanakan strategi kita itu?

    Sebagai individu, kita menanam cita-cita untuk jadi karyawan yang berjaya, tokoh korporat, ahli niaga, ahli sukan yang handal atau penyanyi yang popular.

    Tetapi, kalau badan kita tidak sihat, hendak bergerak pun susah, mampukah kita lakukan itu semua?
    Seperti kata orang tua-tua, kalau duit banyak dalam bank pun, apa ertinya kalau banyak yang tidak boleh kita lakukan?
    Hendak makan pun tersekat-sekat kerana terpaksa berpantang gara-gara kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi.
    Ada kereta semewah mana pun, baik BMW atau Mercedes atau apa-apa pun kereta lain, tidak akan bermakna kalau kita sakit terlantar.

    Jadi, apa ertinya hidup kalau tanpa kesihatan?
    Hakikatnya, kesihatan adalah harta tidak ternilai yang mesti kita jaga sebaik-baiknya. Ia adalah prasyarat kepada apa saja perkara yang ingin kita capai dalam hidup ini.
    Terus terang, saya sendiri, pada usia 50-an tahun ini, sudah mula dihambat penyakit.
    Beberapa tahun lalu, doktor mengesahkan saya menghidap kencing manis. Kemudian paras kolestrol dalam darah pula tinggi.
    Setiap harisaya kena makan ubat dan banyak makanan kegemaran saya seperti coklat dan aiskrim terpaksa saya jauhkan.
    Beberapa bulan lalu, saya dikejutkan dengan kencing berdarah. Perasaan saya terganggu kerana bimbang ada masalah pada ginjal saya. Mujur, selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan ada batu dalam ginjal saya.
    Batu itu kemudian dipecahkan menerusi rawatan laser shock wave, tetapi keseluruhan kosnya mencecah $6,000 - walhal rawatan itu hanya setengah hari, tanpa perlu bermalam dalam wad.
    Mujur saya ada perlindungan insurans daripada majikan dan insurans yang saya beli sendiri.
    Jika tidak, tentu saya kena bayar tunai di samping wang simpanan Medisave.

    Itu baru batu karang. Bagaimana kalau terkena penyakit lain lebih besar seperti jantung dan barah? Nauzubillah...

    Mungkin silap saya sendiri kerana waktu muda dahulu saya tidak ambil peduli sangat tentang kesihatan. Saya makan apa sahaja yang saya mahu. Saya jarang bersenam. Saya sangka saya akan sihat selamanya, tetapi sangkaan saya salah.
    Tetapi, saya masih belum menyerah kalah. Selagi ada hayat, belum terlambat untuk kita berusaha.
    Kini saya cuba kawal makanan (dengan bantuan isteri di rumah) dan cuba bersenam secara tetap.
    Mudah-mudahan saya dapat mengawal penyakit saya dan tidak terkena penyakit baru pula.

    Saya juga kini lebih sering melawat orang sakit, baik di rumah mahupun di hospital.
    Sebab, kian ramai teman dan saudara saya yang melewati usia 40-an tahun kini menghidapi pelbagai penyakit.
    Justeru itu, selagi anda masih muda dan sihat, jagalah kesihatan dan gaya hidup anda.
    Walau sesibuk mana pun kita bekerja, membina kerjaya dan keluarga, kita tetap tidak boleh abaikan kesihatan kita.
    Kita juga kena siapkan payung sebelum hujan. Dengan kos kesihatan yang semakin tinggi, kita perlu bersiap sedia dari segi kewangan. Belilah insurans kesihatan untuk melindungi kita dan keluarga daripada penyakit yang datang tanpa diundang.

    Walaupun ada orang kita kata, 'Jaga macam mana pun, kalau nak sakit, sakit juga; orang yang sihat pun meninggal dunia...' tetapi kita tetap perlu berusaha.
    Semakin usia meningkat, semakin kita perlu waspada. Mencegah lebih baik daripada merawat.

    Kalau ada tanda-tanda sakit, segeralah 'periksa doktor' agar sakit kita dapat dikesan dan dirawat sebelum ia melarat.
    Jangan pula kita jumpa doktor setakat nak minta MC atau cuti sakit aja...

    SUMBER
    CYBERITA.ASIA.COM.SG
    mahu tahu caranya bagaimana anda boleh mulakan langkah pertama dalam penjagaan kesihatan? layari www.peaklifestyle.com/fazila/coi atau add saya di fesbuk