Sunday 25 September 2011

Simple Secrets to a Happy Life:))

Assalamualaikum wbt...

kebelakangan nih AcHik banyak mendapat pertanyaan  dr ramai customer AcHik..depa dok tanya...awat AcHik sentiasa nampak happy dan bersemangat sokmo...mcm takdak masalah langsung...tak letih ka walaupun customer dok panggil nak jumpa jam 11 malam...AcHik pakat senyum je la...sapa kata AcHik takdak masalah...melambak masalah dok tunggu...tapi AcHik dok ingat, apapun yang berlaku dalam hidup kita semuanya adalah akibat dari keputusan kita....kita yang pilih..jika kita pilih happy, maka happylah kita, kalau kita pilih runsing,maka runsingla kita....its all about mindset...bukan AcHik takdak hutang nak dibayar...adaaaa...tapi AcHik alih mindset AcHik..drpada dok pikir bila hutang nih nak surut..baik fokus kepada usaha nak bayar hutang...kalau dok runsing ..satu hapa pun tak jadi....kalau kita sendiri negatif, kita jugak akan menarik perkara negatif kat kita...tul tak?jika kita tak happy dengan situasi kehidupan kita sekarang, buat sesuatu dan amik tindakan...sbb kita nih bukan pokok...takleh nak lari mana...kita nih ada kaki dan tangan, siap Allah kasi akai lagi suh pikir dan hati tuk rasa..so gunakanlah....jangan risau psl rezeki..selagi kita tak putus berdoa, berusaha dan bertawakal ..InsyaAllah ..rezeki itu pasti ada

Jika kita nak jadi org yang bahagia....

  • Lupakanlah masa lalu dan mula pandang ke depan
  • Belajar bertanggungjawab dengan kehidupan dan kejayaan sendiri, jgn dok main tuding jari ke org lain kalau kita gagal dalam sesuatu
  • Bina hubungan baik sesama manusia..
  • carik apa passion korang dan pelbagaikan...suka kumpul stem ka, suka ambil gambar ka..
  • Bina karakter anda
  • jadi diri sendiri, takyah menyusahkan diri nak jadi mcm orang lain sbb nnt nampak mcm hipokrit la plak kan
  • jalani kehidupan korang seperti yang korang inginkan bukan atas keinginan org lain
  • punyai minda yang positive..kerana ia juga akan menarik perkara positive 
  • berusaha dan bekerjalah secara kreatif
  • gunakanlah bakat korang, jangan sia2kan
  • gembirakan diri sendiri dan juga org lain
  • rajinlah beramal dan bersedekah...serta mengasihani dan menyayangi antara satu sama lain

No comments:

Post a Comment